Thursday, April 15, 2010

Pemandu Malaysia....atau Dunia?

Pemandu Malaysia ni kan saya rasa ada 2 kategori, jika ia berkenaan dengan lampu signal.
Pertama :
Jenis yg beli kereta mahal2 tapi sayang, lampu signal tak boleh digunakan. Tak berkelip bila perlu dilip lap kan!
Kedua:
Jenis yg bila dia dah letak lampu signal, lampu dia tu besar punya kuasa....kereta lain sila ke tepi, AKU nak lalu ni.

Huh! Hampeh sungguh.

Tuesday, April 13, 2010

Cerita pertengahan April

Salam,

Lama saya menyepikan diri. Bukan apa tetapi kerana akhir-akhir ini kesihatan tidak memberangsangkan. Hehe.... Demam, selsema dan batuk pakej yang datang! Mungkin juga kerana saya merasakan tiada apa yang mahu diceritakan. Perjalanan hidup yang mendatar. Lama juga manuskrip ke5 saya dibiarkan sepi. Saya yang jadi lupa pada nama watak2 dalam novel saya! Haha...kena mula membaca semula.

Mungkin juga kerana tiba-tiba banyak betul siri televisyen yang saya ikuti akhir-akhir ini. CSI Vegas, Leverage, NCIS LA, The Good Wife, Eli Stone, Without A Trace hehhe....Blogger Boy! Haha...ya, tetiba gila tengok tv!

Dan juga dengan melihat tv maka saya tidak akan memikirkan yang bukan-bukan... Tidak terlalu mendengar bisikan syaitan yang kuat merantai hati supaya berduka lara dengan musibah yang menimpa. Ya, kadang-kadang masalah datang bukan boleh kita halang.

Mata saya juga sekarang ni makin kabur. Sejak kerja banyak buat adminstration ni maka saya asyik menghadap laptop. Bila balik rumah, mata dah naik kelabu. Mujur bulu mata saya masih lentik dan cantik. Hahaha....ada kaitannya ke?

Sabtu lepas saya ke SACC Mall. Berhajat mahu melihat CET sudah ada di MPH atau tidak. Kecewanya bila senaskhah pun tidak kelihatan! Mungkin kerana keluar di pesta buku maka proses penghantaran ke kedai2 buku menjadi lambat. So, bagi yang bertanya kenapa tidak nampak CET di rak-rak buku....minta bersabar ya!

Bagi yang sudah membaca CET, saya ucapkan terima kasih. Saya berdebar menunggu komen dan setakat ini alhamdulillah... Terima kasih buat semua.

Sekejap saja dah bulan April kan. Sudah hampir 5 bulan saya sakit rupa-rupanya. Adakah keadaan menjadi lebih mudah? Saya sendiri tidak pasti. Yang penting, saya menjalani hidup sebaik mungkin yang saya tahu.

Hingga jumpa lagi!